Sunday, May 22, 2011

Bumi Mana yang Tidak Pernah Disirami Hujan

Bersabarlah, hidup ini bukan untuk mengikut kehendak kita tetapi mengikut kehendak Yang Mencipta kita.


"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku".
[surah az-Zariyat:ayat 56]

Takdir yang datang pada kita dan untuk kita pula bukan untuk dipersalahkan, tetapi untuk sentiasa disyukuri setiap apa yang Allah S.W.T. kurniakan. Banyak kali Allah S.W.T. menyebut tentang sesuatu perkara setelah diberikan kepada hamba-Nya lalu Allah S.W.T. berfirman di akhirnya yang bermaksud :

"Mudah-mudahan kamu bersyukur." [al-Hajj: ayat 36]

Sedih dan Berduka
Tidak salah untuk merasa sedih kerana ia suatu perasaan. Tidak salah untuk merasa kecewa kerana itu juga suatu perasaan. Tidak salah juga untuk menangis kerana ia sememangnya jua sebuah luahan perasaan sedih dan kecewa. Perasaan dan luahan yang Allah S.W.T. kurniakan untuk setiap hamba-Nya bagi melengkapkan kesempurnaan ciptaan makhluk-Nya dan untuk menterjemahkan rasa cinta dan kasih sayang Allah S.W.T. buat hamba-hamba-Nya.
Namun yang menjadi salahnya apabila manusia melebih-lebihkan kesedihan itu dengan menyalahkan takdir, lalu melakukan perkara-perkara yang menyalahi fitrah. Bunuh diri, makan pil tidur melebihi dos, minum arak, memaki hamun orang lain, menyebar fitnah dan sebagainya.
Itu semua tidak Allah S.W.T. sukai dan redhai. Tapi apa yang Allah S.W.T. suka? Lihatlah apa yang Allah S.W.T. firmankan yang bermaksud :
"Orang yang apabila ditimpa musibah lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami milik Allah S.W.T. dan kepada-Nya kami kembali." [surah al-Baqarah: ayat 156]


Siapakah yang mampu mengucapkan ucapan seperti ini melainkan hamba-hamba yang sabar dan redha dengan takdir Allah S.W.T. lalu menyerahkan diri hanya kepada-Nya. Ya, Allah S.W.T. suka orang-orang yang sabar. Sabar, sabar, dan sabar.
Takdir Untuk Kita
Kadang-kadang kita rasa apa yang Allah S.W.T. takdirkan itu buruk untuk kita sampai kita menangis dan terlalu kecewa, tetapi hakikatnya tidak begitu. Allah S.W.T. sayangkan kita. Allah S.W.T. tidak berkehendak kita jatuh ke tempat yang tidak baik.
Cuba kita teliti jalan-jalan yang pernah kita lalui dahulu, kadang-kadang ada kehendak yang kita tidak dapat penuhi lantaran tidak mendapat keizinan, dikecewakan, ditipu dan sebagainya. Selaklah kembali kisah-kisah selepas kejadian memilukan tersebut, tentu ada kebaikan yang tersingkap lalu kita mengucap 'Alhamdulillah', 'nasib baik', 'kalau tak' dan ucapan yang seumpama dengannya.
Semua itu adalah hikmah, hikmah dari Allah S.W.T. yang tersembunyi ketika berlaku musibah pada kita, kemudian terzahir beberapa waktu andai kita duduk berfikir. Semua itu untuk kita lebih mensyukuri setiap nikmat yang ada di depan mata kita dan menjadi hamba yang 'Syakura' (banyak bersyukur).
Benarlah seorang murabbi selalu mengatakan, Allah S.W.T. tidak pernah mahukan yang buruk-buruk buat hamba-Nya. Cuma untuk beberapa perkara yang perlu kita lalui di atas muka bumi ini, ia bergilir-gilir dengan perkara kebaikan dan keburukan.
Allah S.W.T. memberi kita peluang untuk membuat pilihan sama ada hendak berbuat baik atau berbuat jahat. Pilihlah mana satu kata hati dan kehendak kita.
Tapi ingat, natijah dan kesan untuk keduanya berbeza.
Jangan ditanya kenapa Allah S.W.T. cipta Neraka kalau Allah S.W.T. sayangkan hamba-Nya? Sebab Allah S.W.T. sudah memberi pilihan di dunia dan setiap pilihan berbeza kesan kehidupan di akhirat. Bermakna jika seseorang memilih untuk berbuat kejahatan, maka dia masuk ke dalam Neraka adalah untuk pilihannya sendiri bukan kerana takdir Allah S.W.T.. Manakala jika seseorang berbuat kebaikan lalu masuk Syurga, itu juga atas pilihannya tetapi di atas rahmat Allah S.W.T..
La Tahzan
Akhir kata, janganlah bersedih pada ujian yang menimpa. Bukan hanya kita yang merasa, orang lain juga lebih teruk menderita. Seperti para Rasul dan sahabat menderita, lebih dalam dan jurang ujiannya. Namun dengan ujian itu mereka bersabar lalu diangkat darjat mereka.
Mudah-mudahan Allah S.W.T. kurniakan kesabaran buat kita berpanjangan. Ameen ya Rabb.
'Bumi mana yang tidak pernah disirami hujan, kerana dengan hujan itu suburlah dan indahlah bumi.

'Manusia mana yang tidak pernah ditimpa ujian, kerana dengan ujian itulah semakin subur iman dan keyakinan insan pada Tuhan.'



sumber :: 


Lawak~lawak...hihihi

Hujung minggu nie dok umah jep,malas nak kua ( padahal tak ade duet) hahhaa...jadi kerja saya hari nie menghadap laptop je lah>>. hadap laptop sampai juling-juling hahha,,dok belek2 tadi saya jumpe cerita nie,,,haha,,ktawe sorang....kalu orang laen perasan SAH cakap saya giler,,dah malam semalam dok layan maharajalawak sampai x larat ketawe,,hiihih hari nie dok hadap cerite lawak ag,,heheh meh kite bace..=)


SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"





hehehe,tak lawak mane,,tapi cukup wat saya ketawe tengah2 bosan gile nie..!!


TQ ;)

~~ CAWAN & AIR ~~

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlahkehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepadacawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain,bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA
.

Saturday, May 21, 2011

11 Pesanan Ayah


Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.
Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.
Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangansesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini.
Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.
Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.
Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.
Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.
Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.
Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.
Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.
Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.

Klong sayang ibu dan ayah;)

Friday, May 20, 2011

Hati Saya Sedih....

assalammualaikum semua......

sebelum saya buat entry ni, adik saya baru call,...

angah:: assalammualaikum...klong buat ape tue?


saya:: waalaikumsalam....tak buat ape pon. Macam biase menghadap laptop je.hehe


angah:: angah dah on the way ni..malam nie tido umah mak cik dulu kot..


saya :: oooowhh ( okay saya tengah tahan nak nangis) ummm ye ke...elok-elok tau...kirim salam dekat sume eh, sape ade tu? 


angah :: semua ade..tok pon ikot ni...klong dah makan? klong sedih la tue...


saya :: owhhh,,eeehh pandai jek, tak langsung,,haha ( cover jep huhu) ,dah2 klong dah makan tadi..okay lah kirim salam semua eh,cakap ayah drive baik2...ok assalammualaikum...


angah :: owh okay2 insyaAllah,,waalaikumsalam..




waaaa,,saya macam nak menangis..nak ikut,huhu


tahan jep...saya capai hanset saya semula...gi kat msg,,,write new msg...


" angah g blajar elok2 eh...jge diri,,ingat dok tempat org  jge perangai..blaja jek..ingat ibu ayah..klong tau adik klong pandai ! tcare wit luv-klong " 


okay pas2 send to angah...


teeettt...teeettt new msg masuk,,,( sedap sikit ah bunyi dari yg nie) hahha


" okay klong..syg klong..angah blaja elok2 eh " - angah reply..




buat adik klong...blaja rajin-rajin tau,,jangan nangis-nangis lak,,,hahhaha 1st tyme jauh dengan ibu kan??hhahah jage diri..ingat pesan ibu ayah tue...;)








nurul fatin afiqah...( angah )





take care !!! 
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...