Wednesday, July 4, 2012

Adakah Kita Bertemu Dengan Orang yang Salah????


kadang- kadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
kawan-kawan yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-sahaja, okey?)
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Wednesday, June 20, 2012

Aku Malu....Maafkanlah.

A : "Aku malulah nak rapat balik dengan dia."
B : "Kenapa pulak?"
A : "Aku dah banyak buat salah dengan dia sebelum ni.."
B : "Pergilah minta maaf.."
A : "erm.. aku malulah.. kalau dia tak maafkan, macam mana?"

Begitulah sikap sesetengah orang. Apabila berbuat salah terhadap orang lain, timbul perasaan malu dalam diri. Malu terhadap kesalahan yang dilakukan. Ketahuilah bahawa sikap sebegitu pasti akan mendatangkan kebaikan yang banyak. Rasulullah SAW sendiri ada menyatakan perihal ini;

"Malu itu tiada kesannya melainkan kebaikan."
 [ HR Bukhari ]


Alhamdulillah.. Teruskanlah berasa malu apabila berbuat salah.
Tetapi, kita ada sedikit masalah. Mengapa kita malu untuk meminta maaf? Bukankah sikap 'meminta maaf' itu sangat baik diamalkan? Ya.. kita wajib 'meminta maaf' apabila melakukan kesalahan terhadap orang lain. Jangan malu untuk 'meminta maaf'. Perasaan malu itu biarlah bertempat. Malu berbuat jahat dianggap baik tetapi malu berbuat baik dianggap jahat. 'meminta maaf' adalah sesuatu yang baik, maka jangan malu melakukannya.


"kalau dia tak maafkan, macam mana?"


Belum minta maaf lagi, sudah berfikir yang bukan-bukan. Realitinya, memang itu yang berlaku. Sesetengah orang ragu-ragu untuk 'meminta maaf' kerana tidak yakin akan dimaafkan. Itu perkara biasa.  Tidak semua manusia bersikap pemaaf. Tidak semua manusia rela hati memaafkan orang lain.





Begitulah sedikit corak kehidupan apabila kita melakukan kesalahan terhadap sesama manusia.
Persoalan besar sekarang, bagaimana kesalahan kita terhadap Allah 'Azza Wa Jalla? Sudahkah kita memohon ampun pada-Nya? Sudahkah kita 'meminta maaf' pada-Nya? Cuba renung-renungkan seketika..
Hari ini, kita sedar akan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan disisi Allah SWT. Sehingga kita mengaku bahawa kita banyak melakukan dosa. Lalu, terbitlah perasaan malu terhadap semua dosa-dosa yang kita lakukan. Kita jadi malu terhadap Allah.


Namun, mengapa perasaan malu terhadap Allah itu tidak diiringi dengan tindakan 'meminta maaf' kepada-Nya? Padahal kita tahu bahawa Allah Maha Pemaaf terhadap semua hamba-hambaNya.
cuba kita ubah dialog di atas tadi..
A : "Aku malulah nak rapat balik dengan Allah."
B : "Kenapa pulak?"
A : "Aku dah banyak buat dosa dengan Allah sebelum ni.."
B : "Aku pun macam tu .. apa kata kita minta maaf?"
A : "Minta maaf? erm.. betul jugak. Allah confirm maafkan kan?"
B : "Yups.. yakinlah.."


"Jangan lupa minta maaf pada Allah!" ^^
"Aku memohon ampun pada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya"
Perhatikanlah pujukan daripada Allah ini;



"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
[39:53]

Pergh.. Allah memang terbaiklah! Tidak kira sebanyak manapun dosa kita, semuanya akan dimaafkan. Itu janji Allah. Allah akan memaafkan semua dosa orang-orang yang bersungguh-sungguh meminta maaf kepada-Nya. Dengan satu syarat, orang itu mestilah bebas daripada syirik kerana dosa syirik tidak akan diampunkan.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik (MempersekutukanNya dengan sesuatu), dan Dia mengampunkan semua dosa yang lain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." [4:48]
Subhanallah. Maha Suci Allah atas segala-galanya. Lihatlah bagaimana agungnya rahmat Allah SWT. Allah membuka pintu pengampunan-Nya dengan seluas-luasnya buat kita semua. Allah tidak akan sama seperti makhlukNya. Allah tidak memilih-milih dalam memaafkan kesalahan kita. Selagi tidak syirik, Allah pasti akan memaafkan semua kesalahan kita. Tidak seperti segelintir manusia, ada yang suka memaafkan dan ada juga yang sukar memaafkan. Maka siapakah orang-orang yang selalu 'meminta maaf' pada Allah? Semoga diri kita sendiri adalah orangnya.
Diulangi, malulah terhadap Allah atas segala dosa yang kita lakukan, tetapi jangan ragu-ragu untuk memohon maaf kepada Allah yang pasti memaafkan. Yakinlah dengan pengampunanNya. Yakinlah.. Kerana Allah mengikut sangkaan hamba-hambaNya.
Sabda Rasulullah SAW;
Sesungguhnya Allah berfirman: "Aku menurut sangkaan hambaKu terhadapKu."
[Jami' Al-Tirmizi]
Atas kesedaran ini, marilah kita ringan-ringankan bibir untuk sentiasa beristighfar memohon keampunan Allah 'Azza Wa Jalla. Tidak susah. Mudah saja.. Apabila mulut kita merayu dengan menyebut "Astaghfirullah", pastikan hati kita merintih dengan menyebut " Ampunkanlah diriku Ya Allah".


Ampunkanlah, Ya Allah
Kemudian, buktikan taubat kita dengan meningkatkan ketaatan kepadaNya serta memperbanyakkan amal kebaikan. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang Allah redha.



~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~


Dekatkan diri dengan Allah dengan ibadah sunat demi meraih redha & rahmat-Nya! ^_^



Jom kita amalkan doa yang Nabi ini!


اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ



Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzhalimi diri sendiri dan tidak ada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau, maka berilah ampunan kepadaku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

[HR Bukhari]



sumber : iluvislam article

Monday, June 4, 2012

Jangan tunding jari pada Allah


Bismillahirrahmanirrahim~


♪ Langkah Tercipta by UNIC ♪

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Sesiapa dikehendaki oleh Allah baginya kebaikan akan diberikan cubaan kepada-Nya. (Hadis riwayat al-Bukhari)


Hidup adalah ujian. Maka, jangan letih, jangan mengeluh. Jangan pernah terfikir untuk berputus asa. Ujian itu sekolah kehidupan. Sekali tersungkur bukan bermakna kita diciptakan untuk tersungkur selama-lamanya. Tetapi, biarlah sekali itu cukup untuk memberikan kita satu pengajaran yang benar-benar terkesan dalam diri dan hati kita. Sekali kita kecewa bukan bermakna kita kecewa selama-lamanya. Cukuplah kecewa yang sekali itu dan tukarkanlah ia menjadi sebuah kegembiraan suatu hari nanti. 


Memang, apabila kita sedang jatuh bersama masalah yang kita fikir sangat memberati kita, kita tidak mampu melihat masa hadapan. Kita hanya nampak kegelapan dan kesuraman. Percayalah, ada sinar di hadapan kita. Malah kita menyangkakan ianya sebuah pengakhiran tetapi sebenarnya ia adalah sebuah permulaan. Permulaan kehidupan yang lebih baik. 

Every pious has a past, every sinner has a future.

Ya, kita mungkin ada masa silam namun kita juga masih punya masa hadapan. Jangan kita gelapkan masa hadapan hanya kerana masa silam. Cerahkan ia, jadikan masa silam itu sebagai pencerahan masa hadapan. Dan, jangan pernah menuding jari pada Dia, jangan pernah mahu menyalahkan dia. Kenapa, kenapa dan kenapa. Stop asking. Berhenti bertanya, kerana kita hanyalah hamba-Nya yang sememangnya layak diuji. Kita tidak layak bertanya. 


"Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit melainkan Allah akan menggugurkan bersama dosa-dosanya seperti pohon-pohon yang menggugurkan daun-daunNya." (Hadis Riwayat al-Bukhari) 

Allah hendak menyedarkan kita dari lena. Lena yang panjang. Dan yang paling penting;


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman! Sedangkan mereka tidak diuji..." (al-Ankabut: 2-3)

Terubatlah hati dengan ayat-ayat Allah. Gembiralah hati-hati yang pilu. Bahagialah mereka yang dipilih Allah untuk merasai ujian kerana 


Allah menyayangi dan mencintai kita maka Dia tidak mahu membiarkan kita dalam kesesatan lagi. 

Cukuplah sekali dua kita jauh dan jauh dan Allah tidak ingin membiarkan kita semakin jauh lagi. Maka, jangan tuding jari pada Allah berkata Dia tidak adil kepada kehidupan kita. Dia Maha Adil dan Maha Bijaksana merancang kehidupan kita. Percayalah, Dia punya sebab tersendiri. Dia tidak akan membebani kita dengan ujian yang tidak tertanggung oleh kita. 


Teruskan perjalan kamu ^^ semoge Allah melindungi kamu.


 Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan



Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu



Waallahu'alam. 


 

*ya Allah tunjukkanlah jalan andai hilang*

Monday, May 21, 2012

Ada apa Dengan Bulan Rejab?

Dengan izin Allah SWT, kita sudahpun hampir di bulan Rejab. Jika diperhatikan, manusia berbeza-beza dalam menyambut kedatangan bulan Rejab setiap tahun.



Ada yang langsung tidak menyedari datang dan perginya Rejab kerana terlampau sibuk dan kurang peka pula pada perjalanan takwim Islam. Tidak kurang yang menyambut kedatangan Rejab dengan penuh gembira dan bersemangat serta mempertingkatkan amalan di dalamnya.
Ada pula yang menyambutnya dengan terlampau mempermasalahkan dan mempertikaikan keistimewaannya dan kewajaran menambahkan amalan padanya.
Kita merasakan bahawa mereka yang paling beruntung adalah mereka yang memahami dan mengenali Rejab serta menunaikan hak hari-harinya sebagaimana yang selayaknya tanpa melampau atau mencuaikan.
Bagi kebanyakan mereka yang meraikan kedatangan Rejab, bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir ketibaan tetamu agung, Ramadan al-Mubarak.
Ramadan sudah tentulah dirindui dan dinanti-nanti oleh setiap mereka yang beriman dan para pencinta Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Tempias kecintaan kita kepada Ramadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendamping setia kepada Ramadan.
Keterkaitan dalam keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, “Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan”. (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).
Sebenarnya keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada empat bulan haram. Allah berfirman yang maksud-Nya: Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram…. (at-Taubah: 36)

Keistimewaan bulan Rejab tidak terlepas daripada pandangan ulama baik dahulu dan sekarang. Mereka telah menunjukkan contoh serta menggalakkan kita mempertingkatkan amalan dengan bersangka baik dengan Allah SWT bahawa dengan keberkatan bulan ini ganjaran amalan dan rahmat Allah SWT akan berlipat ganda. (Imam Ibn Jarir al-Tobari ada meriwayatkan pandangan Ibn Abbas r.a mengenai hal ini dalam tafsirnya).

Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailah kita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan bersedekah sebagai membina momentum ke arah penghayatan Ramadan yang lebih cemerlang.
Sebahagian ulama menganjurkan kita membanyakkan istighfar di bulan Rejab dengan semangat al-Takhalliy iaitu untuk mengosongkan atau membersihkan diri kita. Ini disusuli penganjuran kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW di bulan Syaaban sebagai fasa al-Tahalliy yang bererti mengisi atau memperhiaskan diri sesudah diri kita dikosongkan dan dibersihkan dengan istighfar dan taubat.
Sesudah kita bersiap dengan membersih dan memperhiaskan diri barulah layak untuk kita bertaqarrub langsung dengan Allah SWT (al-Tajalliy) dengan memperbanyakkan tilawah al-Quran, sepanjang Ramadan.
Jika direnungi, anjuran para ulama ini sangat mendalam falsafah dan hikmahnya demi membantu kita menghayati bulan-bulan yang mulia ini dengan lebih bermakna.
Jika menjadi keyakinan setiap mukmin bahawa hidup dunia ini sebagai suatu ujian atau peperiksaan besar, maka Ramadan dan segala hari dan bulan yang istimewa dalam Islam bolehlah dianggap sebagai kelas-kelas tambahan atau ujian-ujian latihan. Ia akan mendorong kita sentiasa peka dan siap-siaga dalam mengharungi proses ujian tersebut.
Dengan segala kelemahan yang ada pada diri insan adalah sukar untuk menempah kejayaan dalam ujian kehidupan ini jika kita tidak dapat menumpang belas ihsan dan rahmat Ilahi. Dan sememangnya Allah SWT maha kaya dengan sifat rahim, ihsan dan adil serta segala sifat-sifat kesempurnaan.
Di antara gambaran ihsan dan keadilan Allah SWT bagi kita para hambanya yang diletakkan dalam ujian yang getir ini, kita tidaklah dibiarkan sendirian tanpa panduan. Selari dengan fitrah manusia sukakan kepelbagaian, silih-berganti hari dan bulan Islam berserta dengan kaitannya dengan sirah Nabi memberi ruang untuk kita memperkukuhkan tautan kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.
Di bulan Rejab ini banyak masjid, surau dan institusi mengambil peluang mengadakan ceramah dan majlis Israk Mikraj. Perbuatan ini jika dianggap sebagai suatu adat dan tradisi untuk menghimpunkan orang ramai bagi mendekatkan diri mereka dengan agama tanpa dianggap sebagai suatu pensyariatan adalah suatu amalan yang terpuji dan tidak bercanggah dengan mana-mana usul agama.
Malah para pendakwah dan mereka yang cintakan agama sepatutnya sentiasa mencari munasabah bagi menghimpun orang-ramai dalam majlis-majlis yang dipenuhi dengan penambahan ilmu, peringatan, doa dan zikir.

mari kita sama-sama menghayati keistimewaan bulan Rejab.
terima kasih kerana membaca

Jangan Menyalahkan Takdir


Terkadang,
Angin yang lembut itu bisa berubah kencang,
Dan manusia yang sedang ketawa itu,
Terus menangis gundah..
"hahahaha" Satu hari, Adam seronok bergelak ketawa, sambil kaki berjalan mengundur.
Gedebuk!
Seperti nangka sahaja jatuhnya, semua yang ada terkejut.
Adam kembali bangun, menggosok-gosok punggungnya, "HAHA. tak sakit tak sakit." Katanya selamba.
Ah anak kecil ini.
Dahulu Kita Juga Sepertinya
Sahabat,
Dahulu, Sewaktu kita kecil kita juga kuat. Banyak kali kita terjatuh ketika cuba hendak berjalan, tapi akhirnya kita bangkit kembali. Banyak kali kita 'dikecewakan' kerana tidak dapat menjamah semua makanan, tapi selepas itu kita ketawa kembali. Banyak kali kita bergaduh dengan teman sebaya, tapi selepas itu kita kembali bersapa dan berbual mesra.
Tapi,Semakin kita menginjak dewasa, kekuatan itu semakin hilang.
Waktu ditimpa dugaan, kita asyik bersedih.
Waktu disapa ujian, kita asyik merungut.
Kita asyik menuding jari kepada Allah, sedang Allah telah pun memujuk kita dengan ayat-ayat cintaNya :
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Insyirah : 5-6)
Terkadang ada manusia yang jadi malas beribadat, tidak lagi percaya kepada Allah. Sedang Allah setia menunggu, rintihan dan doa dari hamba yang amat dirinduiNya..
Sahabat,
Dahulu, seorang sahabat Nabi, ketika ujian tidak ditimpakan kepadanya, dia berasa gundah dan sedih, soalan yang sama diulang-ulang : Apakah Allah telah lupa kepadaku?
Sekarang sahabat,
Allah menguji tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan kepada ummat terdahulu.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Zainab puteri Rasulullah yang terpaksa memilih antara suami yang masih jahiliyyah atau ayah tercinta.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Sumayyah yang seisi keluarganya dibunuh di hadapan mata.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Bilal bin Rabah, dijemur, diseksa, dihempap batu.
Sahabat,
Allah sungguh kasih kepada kita. Tapi berbalaskah kasih itu?
Jangan Menyalahkan Takdir
Ada orang, yang usahanya sedikit, dan bila datang sesuatu yang tidak memuaskan, dia berkata : Ini adalah takdir.
Sahabat,
Kata-kata begitu hakikatnya seolah-olah kita menyalahkan takdir. Sesuatu yang belum berlaku tidak dinamakan takdir, bahkan kita masih ada peluang untuk mengubahnya.
Jika semuanya mahu bergantung kepada takdir, maka orang jahat tidak akan berubah menjadi baik kerana takdirnya sudah jahat.
orang miskin tidak perlu berusaha mencari duit, kerana takdirnya sudah miskin.
Pelajar corot tidak perlu belajar kerana takdirnya sudah corot.
Begitukah?
Mari kita baca satu cerita :
Ketika wabak penyakit berlaku di Syam, Umar Al-Khattab telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk tidak memasuki Syam.
Ada yang bertanya : Adakah engkau melarikan diri daripada Qadar Allah wahai Amirul Mukminin?
Beliau menjawab : ya, kita lari daripada Qadar Allah kepada Qadar Allah. Apa pendapat kamu jika kamu berada di atas dua jenis tanah iaitu yang subur dan kering. Bukankah jika kamu usahakan yang subur, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah dan jika kamu ushakan yang kering, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah juga?
Nak dengar cerita lagi?
Suatu ketika, seorang lelaki telah kalah dalam satu perbahasan dan berkata "Allah telah menentukan bahagianku."
Nabi SAW memarahinya kerana berkata demikian.Lahiriahnya kata-kata itu menggambarkan iman tetapi hakikatnya menampakkan kelemahan.
Sabda baginda:
"Allah membenci orang yang lemah, tetapi apabila tewas dalam suatu urusan kamu berkata: Bahagianku telah ditentukan oleh Allah."
Berusaha dan berusahalah dengan bersungguh, pilihlah takdir yang kita mahu... sehingga di pengakhiran usaha, ada sesuatu yang kita dapat setelah berusaha, barulah berkata : inilah yang telah ditentukan Allah buatku.
Tanya pada diri, apa usaha kita, dan jangan asyik berkata "Ala,dah takdir.."
Jadilah kuat. Islam itu hebat, maka mari jadi hebat untuk Islam.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd :11)
Berimanlah kepada Qada' dan Qadar Allah ; berusaha dengan apa yang kamu termampu dan berserah dengan kekuasaan Allah. Bekerjalah tanpa putus asa.
Jernihkan fikrah kita. Islam itu amaaaatttt Indah.
Berusaha!
Fighting!
Tatkala hujan yang lebat itu telah pergi,
Pelangi memuncul diri,
Dan manusia,
Terus merungut mengenangkan hujan yang telah pun berlalu..
perjalanan hidup tak selalunya mudah ^^


credit to ; iluvislam article.

Monday, May 14, 2012

Monolog seorang daie' : Perempuan itu~~

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


Andai ini entry terakhir saya, maafkan segala salah silap. eh2 emosi pulak.;P



**Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali. Chill~ =)**

  
  Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau injak-injak, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!



Engkau mengajak dia melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan dia sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat.


  Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi perempuan rosak akhlaknya.


  Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi kera sumbang, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.




  Dan, setelah engkau rasa dia tidak berguna lagi dalam hidupmu, setelah engkau rasa dia tidak layak lagi menjadi pendampingmu. Setelah engkau merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.




  Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingatkan insan seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa satu bencana dalam hatinya. Perempuan itu kembali menjadi terhormat. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi. =)




Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya~ 

Saturday, May 12, 2012

Kite akan dapat dengan apa yang kite usahakan. ^-^

"Usaha tangga kejayaan" Itulah pepatah melayu kita. bila kita malas je mesti akan ada orang kata macam tu kan?. bagi saya pulak. saya bersetuju dengan perumpamaan itu. betul, tanpa usaha kita takkan mendapat apa yang kita inginkan.

malah dalam Islam pun menyuruh umatnya berusaha. sungguh cantik, bermula dengan usaha disusuli dengan doa dan kemudiannya di sudahi dengan tawakkal. begitu cantik begitu molek apa yang dianjurkan dalam islam itu sendiri.


usaha + doa + tawakkal = kejayaan. fitrah kita, bila kita inginkan sesuatu akan timbul dalam diri kita perasaan untuk mendapatkan perkara yang kita hajatkan. perasaan inilah yang mendorong kita untuk berusaha kearahnya.


namun sebagai manusia biasa. perasaan tidak yakin dan tidak mampu menyebabkan kita memerlukan pertolongan. meminta perolongan tidak beerti kita lemah. tapi menandakan kita bijak, kerana tidak semua perkara kita hebat. ada perkara kita perlukan pertolongan orang lain. jangan jadi bodoh sombong.


namun kita masih lagi berasa tidak yakin. lalu perkara kedua yang perlu kita buat ialah meminta pertolongan dari Pencipta kita Allah s.w.t. bila dah berdoa kita masih berasa bimbang dan risau. ini masanya untuk perkara ketiga. kita tawakkal kepada Yang Maha Memberi. kita berserah segala permintaan kita dia akan qabulkan sekiranya kita ikhlas meminta dan berusaha.

" Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat melainkan apa yang telah diusahakan ".
(An-Najm 53:39)

melalui ayat ini jelas menumjukkan bahawa apa yang ada dapat selama ini adalah apa yang anda usahakan. jika masih tak mencapai target atau impian anda. maka, ini bermakna usaha anda masih belum mencukupi.

tapi jangan pula bersedih jika tak dapat seperti apa yang kite ingin kan. Sedarlah yang Allah juge sedang menguji hati-hati kita.Jangan berputus asa. Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya.

macam yang saya bagitahu dalam entry yang ini kadang-kadang Allah hilangkan semuanya dari kita supaya kita lebih kuat.soo sabar lah.pasti ade sesuatu yang lebih baik menanti.sabar.sabar.doa.

yeah!!^^

   
comey nye budak nie ^-^




Friday, May 11, 2012

Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of stay strong~ ^-^

Bismillahirrahmanirrahim.

  "... Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka ..."

Dalam kehidupan bukan apa yang kita nak bakal kita dapat, kadang-kadang ianya hampir dapat tapi kerana takdir-Nya, sekali lagi kita terlepas. Sekali lagi kita diuji. Seorang mukmin itu tidak bersedih lama. Bila dia mendapat nikmat dan keistimewaan dari Allah dia bersyukur, bila dia mendapat ujian mahupun musibah dia redha dan meniti jalan ujian itu dengan perlahan-lahan :’) Indahnya hidup berTuhan, bila kita hanya ada Allah tempat mengadu. Allah.

Kadang-kadang untuk menjadi tak okay tu okay jugak. Sebab bila kita tak okay ni, kita akan kembali pada Allah. Dan apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita percayalah bahawa Allah akan menggantikan kembali kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat. Meskipun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan dan kita terpaksa merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan.


UPDATE: kalau rasa lemah cuba treatment bangun malam :)




“Kita Qiamullail, bukan sebab iman kita kuat. tapi kita Qiamullail untuk kuatkan iman kita” Allahurabbi :')







Ya, meskipun kita terjatuh berulang-ulang kali, kecewa berkali-kali, sedih bertimpa-timpa, ingatlah semua itu diturunkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan semakin hebat. Kadang-kadang kita fikir, hampir saje Allah nak bagi kebahagiaan, tiba-tiba ianya direntap kembali. Bersabarlah, kerana kita tidak mengerti perancangan Allah. Kita tidak tahu masa hadapan kita. Kembalilah pada Allah dengan 2S. Solat dan Sabar. Yakin je dengan apa pun takdir yang Allah tulis meskipun itu bukan kehendak kita. :)

keep on doa!! ^-^

Wednesday, May 9, 2012

Biar dia tahu saya tak kisah.

Bismillahirrahmairrahim~
"Pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.
Kalau dia ikhlas,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?
Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.
Biar dia tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.
Biar dia tahu. Biar dia buat keputusan.
Supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak.”

so, tak kisahlah ;) ada jodoh ada lah kan? I trust Allah more =) Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna, biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon baik. I'm glad to be me even it's hard to be me. =)


*ya Allah bimbing hati ini agar sentiasa tabah dalam mengharungi perjalanan hidup ini *


eh gambar tak de kena mengena -.-

Tuesday, May 8, 2012

Parents tak takut ke ade anak perempuuan yang 'hot'?

Bismillahirrahmanirrahim. 



Dunia sekarang jauh beza dengan seploh, doploh tahun lalu, apatah lagi jika nak dicompared kan dengan zaman Rasulullah dulu, beza yang amat! Sekarang, maksiat dipromosi, di mana-mana, yang tinggal cuma kekuatan hati dan iman. Biar iman yang control diri bukan nafsu, sebab nafsu selalu berpihak pada jalan yang salah.

Apa yang kita nampak sekarang, selain dunia semakin maju, akhlak juga makin terhakis. Apa benda yang menyumbang sebenarnya sehingga makin dunianya maju makin tak bertamadun manusia. Doploh tahun lalu, anak perempuan tak berani nak keluar jalan-jalan sensorang apatah lagi dengan lelaki bukan muhrim. Tak de berani nak kasi gambar dekat mana-mana lelaki apatah lagi nak tayang gambar free2 je dekat internet. Pernah dengar, dari gambar orang boleh buat macam-macam? Phewww, seram. Kot nya ada secret admire gila, pergi siasat siapa budak perempuan hot tu, pergi bomoh-bomohkan. Tak tanggung.

Doploh tahun lalu lagi, anak muda masa ini masih malu-malu (nak buat dosa). Yang diorang tahu, kerja tolong mak bapak. Ada duet lebih siket, tolong si adek yang nak sambung belajaq. Tak fikir nak pergi tengok wayang dekat Mid Valley lepas sekolah. Tak fikir nak melencong berfiesta dengan kawan-kawan tak tentu hala. Tak de tak de. Mungkin segelintir ada spesies anakku sazali.

Orang dolu-dolu patuh perintah mak ayah, lebih penting lagi suruhan agama. Soal jodoh mak ayah yang aturkan. Tak de komen, perintah tetap jalan, bahagia je. Anak berderet-deret. Cucu cicit apatah lagi. Bahagia jugak.

Sekarang? Lain, lain... tu zaman doploh tahun lepas, sekarang zaman dah maju. Ye, zaman maju sehingga terhakis moral anak-anak. Tak ramai orang buta IT, facebook tiap-tiap malam online sampai pagi, belog tiap-tiap hari nak update je *err bukan saya hehe*, depan laptop je dah boleh pergi jauh. Ye lah informasi di hujung jari, ye dakk? Google je.

Anak perempuan sekarang waaah lagi advanced. Betol I respect lah, budak-budak sekolah pown dah ade belog sendiri!Terer main coding sana sini, edit layout belog sana sini. Respect. Facebook ni lagi laah kacang rasanya, sehari dah boleh berbelonmilion dah friend list dia. Waah, respect, umur baru 9 tahun tu. Jap nak tanya, parents tahu tak?

Ada parents diorang tahu pasal anak dia tepet gambaq besaq2 dengan pakwe dekat belog? Ada parents dia tahu anak dia tepet gambaq free hair tak pakai tudung dalam facebook, belog ke? Sedangkan si anak perempuan yang ‘hot’ ni tadi bertutup litup pakai tudung menutup aurat. Takut parents ni je nanti ‘hot’ dekat sana. Waaah takut. sebab terlepas pandang perihal si anak.


Anak perempuan memang susah nak jaga. If someday, you will be a father to daughters, please give them proper clothes, proper teaching and proper car (muehehe) Ni ambik jap kata-kata pakcik cursing malay ni jap. I nak elaborate ni. Bila ada proper clothes atau dalam bahasa melayunya baju yang cukup kain, automatiknya mereka akan jaga pergaulan dengan lelaki. Lower their gaze towards men and boys. Bila mana mereka orang perempuan ni (cakap macam I ni para lelaki jewww) pakai baju tak cukup kain, tu lah jadi isu tergedik-gedik. Dosa pahala tak berjaga, halal haram main redah je. Kenapa boleh terlepas jadi macam ni,father I tak tegur pon, abang I biasee je. Peranan lelaki terletak di sini. 

Owh termasuk lah yang tadi, proper teaching, bagi ilmu agama yang cukup, supaya anak-anak perempuan termasuk I, jadi orang beragama, orang berilmu, orang yang tahu mana halal dan haram, orang yang tahu dosa pahala. Supaya attitude terjaga.

Kepada anak-anak perempuan sekalian, termasuk yang menulis ni sekali, marilah kita menjaga kesucian diri. Tak perlu tepet gambar free hair dekat belog atau facebook kalau dekat luar anda bertudung litup. Jangan, sebab sehelai rambut lelaki nampak, akan terbakaarlah kita. Tu entah berapa million helai rambut dah ditayang tu.

saya pun ! ^^
Anak-anak perempuan sekarang berani. Tapi mak bapak tak tahu. Mana lah diorang ni tahu pasal computer2 segala ni. maka si anak pon bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan atas tindakan sendiri. 

Terserah kepada akal dan diri untuk menilai tapi nilailah dengan hati yang penuh keimanan. Jika selepas membaca semua ini anda mencebik, check balik hati anda, saya tak kuno saya cuma menjaga. =) Maka, saya nak kita orang perempuan turut menjaga. Saya sampaikan semua ni sebab saya sayang anda semua. Tolong jangan jadi antara golongan yang masuk neraka. Banyak kaum kita ni masuk neraka, tahu? 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...