B : "Kenapa pulak?"
A : "Aku dah banyak buat salah dengan dia sebelum ni.."
B : "Pergilah minta maaf.."
A : "erm.. aku malulah.. kalau dia tak maafkan, macam mana?"
Begitulah sikap sesetengah orang. Apabila berbuat salah terhadap orang lain, timbul perasaan malu dalam diri. Malu terhadap kesalahan yang dilakukan. Ketahuilah bahawa sikap sebegitu pasti akan mendatangkan kebaikan yang banyak. Rasulullah SAW sendiri ada menyatakan perihal ini;
"Malu itu tiada kesannya melainkan kebaikan."
[ HR Bukhari ]
[ HR Bukhari ]
Alhamdulillah.. Teruskanlah berasa malu apabila berbuat salah.
Tetapi, kita ada sedikit masalah. Mengapa kita malu untuk meminta maaf? Bukankah sikap 'meminta maaf' itu sangat baik diamalkan? Ya.. kita wajib 'meminta maaf' apabila melakukan kesalahan terhadap orang lain. Jangan malu untuk 'meminta maaf'. Perasaan malu itu biarlah bertempat. Malu berbuat jahat dianggap baik tetapi malu berbuat baik dianggap jahat. 'meminta maaf' adalah sesuatu yang baik, maka jangan malu melakukannya.
"kalau dia tak maafkan, macam mana?"
Belum minta maaf lagi, sudah berfikir yang bukan-bukan. Realitinya, memang itu yang berlaku. Sesetengah orang ragu-ragu untuk 'meminta maaf' kerana tidak yakin akan dimaafkan. Itu perkara biasa. Tidak semua manusia bersikap pemaaf. Tidak semua manusia rela hati memaafkan orang lain.
Begitulah sedikit corak kehidupan apabila kita melakukan kesalahan terhadap sesama manusia.
Persoalan besar sekarang, bagaimana kesalahan kita terhadap Allah 'Azza Wa Jalla? Sudahkah kita memohon ampun pada-Nya? Sudahkah kita 'meminta maaf' pada-Nya? Cuba renung-renungkan seketika..
Hari ini, kita sedar akan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan disisi Allah SWT. Sehingga kita mengaku bahawa kita banyak melakukan dosa. Lalu, terbitlah perasaan malu terhadap semua dosa-dosa yang kita lakukan. Kita jadi malu terhadap Allah.
Namun, mengapa perasaan malu terhadap Allah itu tidak diiringi dengan tindakan 'meminta maaf' kepada-Nya? Padahal kita tahu bahawa Allah Maha Pemaaf terhadap semua hamba-hambaNya.
cuba kita ubah dialog di atas tadi..
A : "Aku malulah nak rapat balik dengan Allah."
B : "Kenapa pulak?"
A : "Aku dah banyak buat dosa dengan Allah sebelum ni.."
B : "Aku pun macam tu .. apa kata kita minta maaf?"
A : "Minta maaf? erm.. betul jugak. Allah confirm maafkan kan?"
B : "Yups.. yakinlah.."
"Jangan lupa minta maaf pada Allah!" ^^
"Aku memohon ampun pada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya"
Perhatikanlah pujukan daripada Allah ini;
"Wahai hamba-hambaKu yang
melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus
asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa
kesemuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang."
[39:53]
Pergh.. Allah memang terbaiklah! Tidak kira sebanyak manapun dosa kita,
semuanya akan dimaafkan. Itu janji Allah. Allah akan memaafkan semua
dosa orang-orang yang bersungguh-sungguh meminta maaf kepada-Nya. Dengan
satu syarat, orang itu mestilah bebas daripada syirik kerana dosa
syirik tidak akan diampunkan.
"Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik (MempersekutukanNya dengan
sesuatu), dan Dia mengampunkan semua dosa yang lain dari itu, bagi siapa
yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka
sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." [4:48]
Subhanallah. Maha Suci Allah atas segala-galanya. Lihatlah bagaimana
agungnya rahmat Allah SWT. Allah membuka pintu pengampunan-Nya dengan
seluas-luasnya buat kita semua. Allah tidak akan sama seperti
makhlukNya. Allah tidak memilih-milih dalam memaafkan kesalahan kita.
Selagi tidak syirik, Allah pasti akan memaafkan semua kesalahan kita.
Tidak seperti segelintir manusia, ada yang suka memaafkan dan ada juga
yang sukar memaafkan. Maka siapakah orang-orang yang selalu 'meminta
maaf' pada Allah? Semoga diri kita sendiri adalah orangnya.Diulangi, malulah terhadap Allah atas segala dosa yang kita lakukan, tetapi jangan ragu-ragu untuk memohon maaf kepada Allah yang pasti memaafkan. Yakinlah dengan pengampunanNya. Yakinlah.. Kerana Allah mengikut sangkaan hamba-hambaNya.
Sabda Rasulullah SAW;
Sesungguhnya Allah berfirman: "Aku menurut sangkaan hambaKu terhadapKu."
[Jami' Al-Tirmizi]
Atas kesedaran ini, marilah kita ringan-ringankan bibir untuk
sentiasa beristighfar memohon keampunan Allah 'Azza Wa Jalla. Tidak
susah. Mudah saja.. Apabila mulut kita merayu dengan menyebut
"Astaghfirullah", pastikan hati kita merintih dengan menyebut "
Ampunkanlah diriku Ya Allah".[Jami' Al-Tirmizi]
Ampunkanlah, Ya Allah
Kemudian, buktikan taubat kita dengan meningkatkan ketaatan kepadaNya serta memperbanyakkan amal kebaikan. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang Allah redha.
~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~
Dekatkan diri dengan Allah dengan ibadah sunat demi meraih redha & rahmat-Nya! ^_^
Jom kita amalkan doa yang Nabi ini!
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ
الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ،
وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ya
Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzhalimi diri sendiri dan tidak
ada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau, maka berilah ampunan
kepadaku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha
Penyayang.
[HR Bukhari]
sumber : iluvislam article
No comments:
Post a Comment