Tuesday, May 8, 2012

Parents tak takut ke ade anak perempuuan yang 'hot'?

Bismillahirrahmanirrahim. 



Dunia sekarang jauh beza dengan seploh, doploh tahun lalu, apatah lagi jika nak dicompared kan dengan zaman Rasulullah dulu, beza yang amat! Sekarang, maksiat dipromosi, di mana-mana, yang tinggal cuma kekuatan hati dan iman. Biar iman yang control diri bukan nafsu, sebab nafsu selalu berpihak pada jalan yang salah.

Apa yang kita nampak sekarang, selain dunia semakin maju, akhlak juga makin terhakis. Apa benda yang menyumbang sebenarnya sehingga makin dunianya maju makin tak bertamadun manusia. Doploh tahun lalu, anak perempuan tak berani nak keluar jalan-jalan sensorang apatah lagi dengan lelaki bukan muhrim. Tak de berani nak kasi gambar dekat mana-mana lelaki apatah lagi nak tayang gambar free2 je dekat internet. Pernah dengar, dari gambar orang boleh buat macam-macam? Phewww, seram. Kot nya ada secret admire gila, pergi siasat siapa budak perempuan hot tu, pergi bomoh-bomohkan. Tak tanggung.

Doploh tahun lalu lagi, anak muda masa ini masih malu-malu (nak buat dosa). Yang diorang tahu, kerja tolong mak bapak. Ada duet lebih siket, tolong si adek yang nak sambung belajaq. Tak fikir nak pergi tengok wayang dekat Mid Valley lepas sekolah. Tak fikir nak melencong berfiesta dengan kawan-kawan tak tentu hala. Tak de tak de. Mungkin segelintir ada spesies anakku sazali.

Orang dolu-dolu patuh perintah mak ayah, lebih penting lagi suruhan agama. Soal jodoh mak ayah yang aturkan. Tak de komen, perintah tetap jalan, bahagia je. Anak berderet-deret. Cucu cicit apatah lagi. Bahagia jugak.

Sekarang? Lain, lain... tu zaman doploh tahun lepas, sekarang zaman dah maju. Ye, zaman maju sehingga terhakis moral anak-anak. Tak ramai orang buta IT, facebook tiap-tiap malam online sampai pagi, belog tiap-tiap hari nak update je *err bukan saya hehe*, depan laptop je dah boleh pergi jauh. Ye lah informasi di hujung jari, ye dakk? Google je.

Anak perempuan sekarang waaah lagi advanced. Betol I respect lah, budak-budak sekolah pown dah ade belog sendiri!Terer main coding sana sini, edit layout belog sana sini. Respect. Facebook ni lagi laah kacang rasanya, sehari dah boleh berbelonmilion dah friend list dia. Waah, respect, umur baru 9 tahun tu. Jap nak tanya, parents tahu tak?

Ada parents diorang tahu pasal anak dia tepet gambaq besaq2 dengan pakwe dekat belog? Ada parents dia tahu anak dia tepet gambaq free hair tak pakai tudung dalam facebook, belog ke? Sedangkan si anak perempuan yang ‘hot’ ni tadi bertutup litup pakai tudung menutup aurat. Takut parents ni je nanti ‘hot’ dekat sana. Waaah takut. sebab terlepas pandang perihal si anak.


Anak perempuan memang susah nak jaga. If someday, you will be a father to daughters, please give them proper clothes, proper teaching and proper car (muehehe) Ni ambik jap kata-kata pakcik cursing malay ni jap. I nak elaborate ni. Bila ada proper clothes atau dalam bahasa melayunya baju yang cukup kain, automatiknya mereka akan jaga pergaulan dengan lelaki. Lower their gaze towards men and boys. Bila mana mereka orang perempuan ni (cakap macam I ni para lelaki jewww) pakai baju tak cukup kain, tu lah jadi isu tergedik-gedik. Dosa pahala tak berjaga, halal haram main redah je. Kenapa boleh terlepas jadi macam ni,father I tak tegur pon, abang I biasee je. Peranan lelaki terletak di sini. 

Owh termasuk lah yang tadi, proper teaching, bagi ilmu agama yang cukup, supaya anak-anak perempuan termasuk I, jadi orang beragama, orang berilmu, orang yang tahu mana halal dan haram, orang yang tahu dosa pahala. Supaya attitude terjaga.

Kepada anak-anak perempuan sekalian, termasuk yang menulis ni sekali, marilah kita menjaga kesucian diri. Tak perlu tepet gambar free hair dekat belog atau facebook kalau dekat luar anda bertudung litup. Jangan, sebab sehelai rambut lelaki nampak, akan terbakaarlah kita. Tu entah berapa million helai rambut dah ditayang tu.

saya pun ! ^^
Anak-anak perempuan sekarang berani. Tapi mak bapak tak tahu. Mana lah diorang ni tahu pasal computer2 segala ni. maka si anak pon bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan atas tindakan sendiri. 

Terserah kepada akal dan diri untuk menilai tapi nilailah dengan hati yang penuh keimanan. Jika selepas membaca semua ini anda mencebik, check balik hati anda, saya tak kuno saya cuma menjaga. =) Maka, saya nak kita orang perempuan turut menjaga. Saya sampaikan semua ni sebab saya sayang anda semua. Tolong jangan jadi antara golongan yang masuk neraka. Banyak kaum kita ni masuk neraka, tahu? 




Tuesday, May 1, 2012

Syafakallah/Syafakillah Syifaan Ajilan

Sejak kebelakangan ini, bertambah ramai sahabat yang diuji dengan ujian kesihatan..

"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman""semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."
(doa ini saya belajar dari watak Fahri dalam novel AAC ..)








Pelbagai perkara yang tak terduga berlaku dalam hidup kita. Ianya meniti dari tiap saat dan minit yang berlaku sama ada kita sedari atau tidak. Kesakitan dan kematian yang menjengah hadir tanpa di undang dan tidak terduga. Dalam sehari pelbagai berita yang kita terima yang mengembirakan dan tidak kurang yang menyedihkan.


Sakit atau musibah yang datang adakalanya ringan dan ada masanya berat. Bergantung kepada kekuatan diri individu. Sebagai ujian dari Allah mengikut kemampuan kita. Kesakitan dan musibah juga dianggap sebagai kaffarah terhadap dosa - dosa yang telah dilakukan. Sahabat nabi amat risau jika tidak sakit kerana bimbang Allah tidak kasihkan mereka. Tetapi, kita hari ini sebolehnya menolak kesakitan dan musibah yang datang. Mudahnya kita mengeluh, berputus asa, bersedih yang keterlaluan dan lain -lain lagi.


Datangnya sakit atau musibah lebih mendekatkan kita kepada Allah. Pada waktu itulah kita ingat Allah. Menyebut -nyebut namanya. Kerap berdoa kepada Nya. Maka di sinilah perlunya syukur atas nikmat kesihatan yang Allah berikan. Syukur itu diterjemahkan melalui penambahan amal ibadah serta perkara - perkara yang diredhaiNya.


Kita telah diajar untuk mengamalkan doa untuk kesihatan iaitu: :
"Ya Allah sihatkanlah penglihatanku, pendengaranku dan tubuh badanku..."






Friday, March 30, 2012

Bile Bicara Tentang Jodoh ~!

[sumber :google image ]
Bila hati berbicara tentang jodoh...
Aku mahukan dia seorang yang jelas agamanya,kerana itu akan membawa kami ke syurga...Aku mahukan dia seorang yang mencintai Allah dan Rasul,kerana itu akan menambahkan lagi cintaku kepada Allah dan Rasul...Aku mahukan dia seorang yang 'berjuang' di jalanNya
(fi sabilillah),kerana itu akan menjadikan aku sebagai sayap kiri kepada seorang pejuang Islam...Aku mahukan dia seorang yang ada kepimpinannya,kerana itu aku akan melahirkan seorang ulama', hafiz mahupun hafizah...Aku mahukan dia yang sentiasa mencintai dan menyayangiku,kerana itu aku akan sedaya upaya menjadi bidadari terbaik dalam hidupnya...

Harus diingatkan, walaupun ianya urusan Allah, namun kita tidak pula diperintahkan untuk sekadar menanti dan berpeluk tubuh. Proaktif itu perlu. Carilah jodoh dengan cara yang diizinkan dan diredhai Islam atasnya kerana dengan itu moga hubungan kalian nanti juga akan direhai Allah, Insya-Allah.
Jika benar lelaki itu jodoh yang dikirim Allah untukku meraih cinta yang lebih besar yakni cinta Ilahi maka aku redha.Aku tidak mahu mengatakan bahawa aku ikhlas menerimanya kerana perkara ikhlas itu milik Allah yang tiada manusia berhak menyatakan bahawa dia ikhlas. Biar Allah sendiri yang menghukumkan tentang itu.

Ketahuilah bahawa Allah memberikan apa yang kita perlu dan bukan yang kita suka kerana mungkin saja sesuatu yang kita suka itu akan menjadi satu keburukan suatu hari nanti.
Pasangan kita moga terdiri daripada si dia yang 'melengkapkan' kekurangan yang ada pada diri masing-masing agar kita lebih mudah berjuang meraih cinta-Nya....
Moga kami meraih cinta-Nya, amin.






sumber sedikit dari : http://sinar-insyirah.blogspot.com

Tuesday, March 6, 2012

Jarak itu hanya untuk menjaga aku dan dia

Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia.

Saturday, December 10, 2011

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan ?


-gambar hiasan-

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.
copy from -Artikel iluvislam.com

Saturday, November 26, 2011

~Maksud Doa Akhir Tahun & Awal Tahun ~

Fasa baru dalam tahun Islam bermula lagi...Mari hayati apa maksud doa akhir dan awal tahun Hijrah ini..

Doa Akhir Tahun :
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.
Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Doa Awal Tahun :
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.
Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi Azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Hayatilah bait-bait doa ini dan semoga doa itu tadi seiringan dengan usaha kita dalam menempuhi hari-hari yang mendatang..

Friday, November 25, 2011

Maafkanlah Mereka ~

Assalamualaikum sume~
Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia. Betapa Allah amat memberatkan hamba-Nya menjaga silaturrahim dan ukhwah sesama manusia. Dalam Al-Quran Allah telah berfirman yang bermaksud :
"Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An Nisaa' 4:1).
Hal ini diperkuatkan lagi dengan sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah dia menyambung (tali) silaturahim."
Jadi jelas di sini betapa penting untuk kita menjaga ukhwah yang telah terjalin sesama manusia. Kerana menjaga ukhwah itu hakikatnya bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilaksanakan.
Begitu jua dalam perhubungan cinta antara seorang lelaki dan wanita. Yang saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain. Namun kadangkala apa yang kita rancang tidak semudah yang kita sangkakan. Dan sering datang cabaran-cabaran yang membuat perhubungan terputus.
Pastinya sekiranya berlaku sedemikan dalam hubungan itu, kadangkala hati kita terlalu sakit dan kecewa atau muncul perasaan benci dengan pasangan kita kerana merasakan diri kita dipermainkan lebih parah jika kita rasa seperti dikhianati.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan. Lalu dendam kesumat menjadi jarum hasutan untuk kita memutuskan silaturahim. Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada Tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, jelas dari kisah sirah ini, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Jadi bagi mereka yang sedang berusaha dalam membina satu hubungan yang lebih diredhai; sabar dan tabah lah dalam menghadapi ujian-ujian yang hadir. Seandainya telah berlakunya perpisahan janganlah sesekali kita menyimpan perasaan benci dan marah di dalam hati kita.
Jangan juga kita cuba menyalahkan takdir kerana kegagalan dan perpisahan itu. Tetapi yakinlah dengan janji Allah.. perpisahan itu pasti akan berganti dengan pertemuan.. pertemuan yang lebih baik dari pertemuan yang dulu..


~Selamat Tahun Baru Hijiriah~



Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru.

Berubahnya tahun bererti bertambahnya umur kita. Bertambahnya umur bererti semakin dekatlah kita dengan kematian.

Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163) 




Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja





Moga Allah memberkati kita. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...