Saturday, January 29, 2011

Kisah Sebakul Air~~~

Tengah2 online.mncari2 bhan,mncari2 cerite untuk ain share dengan korg sume,,ain jmpe cite nie,,mnarik,,trsentuh hti bce..insyaAllah ain nk share dgn korg cite nie..


Selalu terjadi, kita merasakan usaha kita sia-sia. Penat kita berusaha tetapi langsung tiada hasil. Malas hendak buat perkara yang sama lagi kerana seakan tidak berbaloi. Begitu juga halnya dengan rutin membaca kita, iaitu membaca al-Quran.

Apa yang lebih mahal, usaha (effort) atau hasil (result)?
kisah nye mcam nie...
Amad dan Atuk
Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca al-Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk.
Suatu hari Amad bertanya, "Atuk, Amad cuba untuk baca al-Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekali pun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup al-Quran. Apa ya kebaikan baca al-Quran, Atuk?"
Si Atuk menutup al-Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu, "Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk."
Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat daripada rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi.
Dari jauh Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, "Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!"
Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad fikir terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu dia mencapai baldi.
"Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu."
Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat air keluar daripada bakul tersebut.
"Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong," kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.
Betulkah tidak berguna?
"Tidak berguna kata AmadCuba Amad lihat bakul itu."
Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara, iaitu bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.
"Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca al-Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam".
Amad tersenyum lebar dan penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.
Usaha atau Hasil?
Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.

faham x kwn2??
;)  smoge kite faham pe yang cube dsmpai kn dri cite nie..;)


by-nurulain-

Tuesday, January 25, 2011

Kejayaan Itu Bukan Milik Kita.

         Ramai antara kita lalai dan bangga dengan kejayaan yang diraih dan merasakan bahawa kejayaan itu adalah kerana diri kita  yang telah berusaha keras. Apabila lulus peperiksaan, kita rasa itu hasilnya sebab kita rajin ulangkaji, kita rasa ia hasil penat lelah kita belajar sampai larut malam. Bila dapat naik pangkat, kita yakin itu sebab kita rajin buat kerja, kita rasa boss sayang kita. Namun, hakikatnya kita lupa, "tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah", jika Allah tidak mengizinkan, jangan kata untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, bahkan untuk memegang pen untuk menjawab peperiksaan pun kita tidak mampu. Begitu juga usaha kita untuk naik pangkat tidak mungkin berjaya tanpa izin Allah.

Ayuh sejenak kita muhasabah diri, tanpa keredhaan Allah, tanpa izin dan perkenan Allah, siapalah kita pada hari ini? Betapa hebat mana pun  kita, namun tidak mampu melawan takdirnya Allah. Betapa gigih usaha kita, namun jika Allah tidak mentakdirkan kejayaan itu untuk kita, namun tidak mampu sesiapa untuk mendapatkannya untuk kita.
Justeru, kepercayaan pada kekuasaan Allah akan sentiasa membuatkan kita ini menjadi manusia yang merendah diri kerana kita yakin bahawa setiap kejayaan kita adalah milik Allah. Hamba yang bersyukur itu menyedari bahawa setiap kejayaan yang diraih adalah sekadar pinjaman Allah. Setiap nikmat itu adalah bahagian yang menjadi amanah Allah untuk diuruskan. Natijahnya, insan yang menyedari Allah adalah penentu setiap kejayaannya akan meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat utama dalam setiap tindak tanduknya. Orang yang menyedari hakikat keterbatasan dirinya sebagai hamba akan menjadi insan  yang sentiasa bersyukur dan merasakan keagungan Allah. Kejayaan yang digenggam tidak akan menjadikan dirinya sombong bahkan menjadikannya dirinya semakin tunduk.;)

Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia....

p/s:: copy paste dr note ain kt FB ain hr 2  je..;) 
slmat mmbace.
with luv ain natasha..;)

Wednesday, January 19, 2011

~~19th JANUARY ~~

ouuh...oouuhh~~~ok ain jgn gedik!!  HHEHEHE,, tjuk special 2..heheh..pe yg special..hehhe x taw la kn...walaupon mood x mnentu sdey sume2 bagai...ain x kn bia kn mood 2 rosak kn sume nye..heheh..owh hri nie genap la umo ain 18 thun..(hahhaha ok2 ain TIPU!!) hehhe,,,, umo da msok 22thun...huh!! mcm x cye jek kn,,,,hehe,,syukur sgt dgn nikmat yg Dia bg,,,ain msih brnafas smpai hri ini...syukur kpd Allah dgn segala nikmat hdup,,nikmat shat yg Dia bg...Alhamdulillah~~~

Besar da diri nie,,hhaha...dlu ingt lg mse tyme skola dlu,,tyme kcik dlu tgok akak2 yg umo 20 thun n above nie mcm org dewase da jek,,mcm org dah besar,,,hahhaha ble skrang ase cm biase jek,,hehe...msih lg ase nk maen2...hahaha...ain2 sile brubah k!! hehhe ala pe ade pde angke,,,stakat 22,,,hehhe..thanx pd kwn2 sume yg hanta msg,,,wish kt FB,,,yg call....yg hanta mms...thanx2...x lupe u housemate yg cube sdaye upaye nk buat ain hepi...dpt kek TIRAMISU n PAPA JOHN pizza,,hehhe,,,sdap2,,knyang,,hehhe

ok2,,,,nie kek TIRAMISU...ok sgt2
sdap yea,,hehhe
""owh hepi birthday MOMOT!!!""
hahaha nurulain like this...:)





x smpat nk amek gmbo dlu,,
ade org da lapo kebas dlu,,HAHAHA.
.nyum2,
sdap2,,1st tyme cube
PAPA JOHN..best2,,,ok ade 2 jenis pizza,,hehhe besday girl dpt mkn lbey~~hehehe i like..;)


HAHAHA,,mkn2,,borak2 smpai knyg,,hehehe...gemok da la ain,,,ain mmg mkn byk klu nk taw,,hahha...
x yh swoh pon,,mmg nk kn byk,,hahaha,,pnh skali order mknan kt food court mne ntah akak 2 pndang smcm jek ...hhaah plik sgt ke ain mkn byk mcm 2???hahahah no komen..,,

klu nk cte byk sgt y jdi hr nie,,,pape pon nk cte yg epi2 jek,,hehhe...;) thanx frenz..

k la ain pnat sgt2,,nk tdo dlu,,sok keje...
with luv ain natasha~~~;)

Monday, January 17, 2011

~~circle of joy~~

Mungkin kita biasa dengar circle of influence (lingkungan berpengaruh), iaitu sekumpulan orang yang senang dipengaruhi. Setiap kita ada circle of influence ini, yang hakikatnya kita boleh pengaruhi mereka, termasuklah adik-beradik, atau teman-teman rapat. Mempengaruhi di sini membawa maksud mengajak mereka (atau, lingkungan ini) untuk berbuat yang baik dan mencegah yang mungkar. Tetapi cerita ain hari ini bukan berkisar berkenaan lingkungan ini, sebaliknya berkaitan dengan circle of joy, atau lingkungan kebahagiaan/kegembiraan.....;)


hehehe..permulaan yang baik kn??weeee~~
ok kite start cite k.


Rambutan Yang Sedap!

Suatu hari, seorang petani bercadang menghadiahi setangkai rambutan terbaik dari kebunnya, kepada seorang pengembala kambing bersebelahan kebunnya.


"Rambutan ini adalah rambutan terbaik dari kebun hamba. Ambillah."
"Alhamdulillah, terima kasih tuan hamba. Hamba akan sampaikan rambutan ini kepada Tuan Jalak," tungkas si pengembala.
"Tidak. Rambutan ini hadiah hamba untuk tuan hamba, bukan kepada Tuan Jalak."
"Untuk hamba?"
"Ya. Kerana setiap kali hamba memerlukan bantuan mengangkut air ketika musim kemarau, tuan hamba selalu membantu hamba. Kadang-kadang tuan hamba memberi hamba minum. Pemberian ini adalah tanda syukur hamba kepada Allah dengan anugerah tanah yang subur dan ditumbuhkan buahan yang cukup cantik ini, dan semoga tuan hamba sentiasa dipayungi rahmat, insyaAllah."
Saling Menghargai
Si pengembala sangat kagum akan buah rambutan itu, kelihatannya begitu segar dan sedap! Si pengembala ini teringat akan tuannya, iaitu Tuan Jalak, yang selalu memberi peringatan kepadanya agar berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Lalu, si pengembala ini membuat keputusan untuk memberikan rambutan tadi kepada tuannya.
Tuan Jalak sangat berbesar hati menerima pemberian pekerjanya. Kebetulan pada masa itu, isterinya Tuan Jalak sedang demam. Maka Tuan Jalak memberi rambutan tadi kepada isterinya.
"Semoga rambutan ini memberi kegembiraan kepada Dinda," kata Tuan Jalak kepada isterinya.
Begitupun, si isteri ini terfikir untuk memberi rambutan ini kepada pembantu rumahnya yang menjaganya dengan begitu baik sekali sepanjang dia sakit. Pembantu ini merasakan dia tidak layak menerima pemberian itu, lalu diberikan pula kepada tukang masak, yang selama ini memasak makanan yang enak-enak untuk Tuan Jalak sekeluarga, tetapi jarang sekali dia merasa makanannya sendiri.
Si tukang masak amat gembira dengan pemberian itu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia bertemu dengan jirannya, lalu memberikannya kepada jirannya itu. Fikirnya, tentu jirannya amat menyukai rambutan ini.  Walau bagaimanapun, tukang masak ini terkejut, apabila jirannya menangis terharu menerima rambutan tadi.
What you give, you get back!
Rupanya, jiran tukang masak ini ialah si petani di awal cerita tadi. Masakan tidak terharu, apabila dia menerima kembali pemberiannya pagi tadi, tanpa sedikit pun dimakan. Malah masih kekal cantik dan segar. Lantas, si petani ini kembali kepada pegembala tadi.
"Tuan hamba ambil dan makanlah. Memandangkan tuan hamba berseorangan di sini, mudah-mudahan rambutan ini akan menggembirakan tuan hamba." Si pengembala tadi tersenyum bahagia menerima rambutan itu.
Circle of Joy
Begitulah hidup kita sehari-harian. Kenal pasti siapa circle of joy kita, dan pastikan kita menghargai mereka. Menghargai tidak semestinya dengan memberi seperti dalam cerita yang ain bawakan ini, malah berterima kasih juga sebenarnya mampu membuat mereka tersenyum. Mudah bukan?
Mudah-mudahan apa yang saya sampaikan ini baik untuk saya, dan untuk sahabat-sahabat semua. Yang baik itu sesungguhnya hanya dari Allah SWT., maka wajarlah kita panjatkan segala kesyukuran dan penghargaan kita kepada-Nya. Janganlah kita menjadi seperti mereka yang tidak tahu bersyukur, akhirnya ditarik balik nikmat dan kembali kepada asal.
Akhirnya, marilah kita renungi sepotong ayat dari Surah ar-Rahman, maksudnya, "Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?"

p/s:: bru jek trjge,,td tdo jek sbb dmam,,keje sparuh hari huhu...ok akhirnye ain update gak blog nie..!!!hehehhe

Tuesday, January 4, 2011

Tolong Beritahu Si Dia bleh???



Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..


Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan 
Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

moga pesanan ini sampai padanya......

Monday, January 3, 2011

BERSYUKUR??? ATAU MENGELUH???............................

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah... Sekali lagi kita semua diberi kesempatan umur yang panjang dan kesihatan yang agak baik pada hari ini. Antara nikmat yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan kepada kita pada hari ini dan sebelumnya. Belum tentu kita ada esok untuk mensyukurinya.
Allah telah berfirman bahawa nikmat yang dikurniakanNya memang tidak terhitung. Tetapi, kita sebagai hambaNya, adakah kita mensyukuri nikmat-nikmat itu?


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - (An-Nahl: 18)


Kita sering mendengar pelbagai keluhan dan kita sendiri mengeluh.
"Bising betullah mesin ni. Cubalah senyap sikit."
"Penat je beli baju ni bulan lepas. Dah tak muat."

Ada sahaja yang kurang bagi kita. Ada sahaja yang kita hendak rungutkan. Tidak pernah cukup dengan apa yang kita ada. Lumrah manusia, merungut dah tidak berpuas hati dengan apa yang diperolehi. Tetapi mari kita sama-sama cuba fikirkan apa yang terjadi dan apa yang ada pada kita.


  • Kita merungut dengar bunyi bising hari-hari, memang geram, sakit hati. Itu sebenarnya menandakan kita masih lagi mampu mendengar.
  • Kita merungut pakaian yang kita pakai sudah ketat, kecik, tidak muat. Tetapi tidakkah kita bersyukur, baju itu sudah tidak muat kerana kita sebenaranya cukup makan. Allah beri rezeki melimpah ruah.
  • Kita merungut untuk rumah yang kita kena bersihkan, mop lantai, lap tingkap, sapu rumah dan sebagainya hari-hari. Tetapi bersyukurlah kerana itu menandakan kita masih lagi mempunyai tempat tinggal untuk berlindung dari hujan dan panas.
  • Kita mengeluh otot-otot kita kejang, kita sakit-sakit badan buat kerja hari-hari. Tetapi, itu sebenarnya menandakan kita masih mempunyai kudrat untuk berkerja kuat mencari rezeki.

  • Kita mengeluh kerana tempat letak kereta ke lif yang mungkin agak jauh. Tetapi sebenarnya kita perlu bersyukur kerana diberi nikmat masih mampu berjalan.
  • Kita mengeluh untuk timbunan pinggan mangkuk, pakaian yang perlu dicuci. Tetapi, itu menandakan kita sebenarnya memiliki semua itu untuk digunakan.
  • Untuk pagi-pagi yang selalu dikejutkan dengan jam loceng, kita merungut kemalasan. Tetapi itu menandakan kita sebenarnya diberi kesempatan untuk mengharungi hari sekali lagi.
Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu.


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat" - (Ibrahim:7)



Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya. Beryukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menrik nikmat itu bila-bila masa sahaja.

Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada :)




p/s:: pnat sgt,,,bru smpai melake,,huhu tp semangat nk abis kn pe trgendale smalam,,hhehe buat renungan kte brsame................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...